Tentera Zionis adakan latihan serang Gaza dan Lubnan

BAITULMAQDIS, 21 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis melakukan latihan sepanjang minggu lalu dengan simulasi-simulasi serangan ke atas Gaza dan kawasan perkampungan di selatan Lubnan.

Pihak tentera mendakwa latihan tersebut menjadi “makmal pertempuran” untuk menguji dan meningkatkan kemahiran berhadapan dengan ancaman dalam peperangan.

Terdahulu jurucakap tentera Zionis, Avichay Adraee, membuat ugutan bahawa kawasan di sempadan Gaza akan menjadi “paling panas” pada tahun 2018 ini, berbading dengan Syria, Lubnan dan juga Tebing Barat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts