Tentera Zionis akan roboh 14 buah rumah, tutup 2 jalan pertanian di Nablus

NABLUS, 19 Julai 2016 (WAFA) — Tentera Zionis mengeluarkan notis untuk meroboh 14 buah rumah penduduk Palestin dan dua bangsal pertanian, serta menutup dua batang jalan pertanian di selatan Nablus.

Tujuh buah rumah di kawasan Beit Dejan, tujuh buah lagi di Majdal Bani Fadel dan dua buah bangsal pertanian di Qasra bakal diroboh, di mana puluhan orang akan kehilangan tempat tinggl.

Manakala dua batang jalan pertanian di kawasan Aqraba akan ditutup.

Semua kawasan penduduk Palestin tersebut terletak dalam Zon C yang dikawal penuh oleh rejim Zionis sejak tahun 1967.

Lebih 800 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal sejak awal tahun ini. Ramai lagi yang kehilangan sumber pencarian apabila tidak dapat memasuki ladang mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts