BAITULMAQDIS, 2 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini mengumumkan akan terus menyerang dan melepaskan tembakan ke arah peserta demonstrasi di sempadan Gaza, walaupun dikecam oleh masyarakat antarabangsa.
Tentera Zionis mengerah pasukan penembak tepat ke sempadan Gaza sejak Jumaat lalu. Seramai 18 penduduk Gaza ditembak mati hanya kerana menyertai demonstrasi dan tidak memberi sebarang ancaman kepada tentera Zionis.
Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu memuji tindakan tenteranya kerana “mempertahankan sempadan negara” mereka.
(PIC)