Tentera Zionis akan teruskan operasi di Kawasan A Tebing Barat

RAMALLAH, 21 Apr 2016 (PIC) — Kabinet keselamatan Zionis telah membuat pengisytiharan bahawa tentera mereka akan meneruskan operasi di Kawasan A di Tebing Barat.

“Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua Staf membuat pendirian yang jelas bahawa tentera mempunyai hak untuk memasuki Kawasan A dan juga di mana sahaja yang perlu mengikut keperluan operasi, dan tidak ada perjanjian yang lain dengan pihak Palestin,” kata jurucakap Zionis Ofir Gendelman selepas mesyuarat kabinet tersebut semalam.

Perjanjian Oslo 1993 menetapkan bahawa Kawasan A adalah di bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), meliputi urusan pentadbiran awam dan kawalan keselamatan. Kawasan A merangkumi hanya 18% daripada keluasan Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts