Tentera Zionis akui musnahkan tanaman petani Gaza

GAZA, 3 Jan 2016 (Alray) — Tentera Zionis dalam kenyataan bertulis kepada Agensi Anadoulu mengesahkan laporan bahawa mereka telah memusnahkan tanaman dengan menyembur racun herba di kawasan kebun pertanian di sempadan Gaza.

Pengesahan tersebut dibuat setelah petani Gaza minggu lalu melaporkan bahawa kapal terbang Zionis terbang di kawasan terbabit dan menyembur bahan yang merosakkan tanaman mereka. Tanaman di kawasan seluas 3,000 meter persegi itu telah musnah.

Pihak Zionis mendakwa tindakan tersebut kononnya bertujuan untuk menghalang kegiatan penyembunyian senjata dan mengelakkan kawasan terbabit daripada digunakan untuk tujuan yang “merosakkan kepentingan rejim penjajah.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts