LEMBAH JORDAN, 3 Apr 2017 (PIC) — Tentera Zionis hari ini memaksa sepuluh keluarga Palestin di perkampungan Ras al-Ahmar di Lembah Jordan supaya meninggalkan rumah mereka bagi memberi laluan kepada latihan tentera.
Rumah-rumah keluarga terbabit, yang tinggal kira-kira empat kilometer di timur bandar Tammun, teletak berdekatan sebuah kem tentera Zionis. Mereka sering diarah mengosongkan rumah selama beberapa hari kerana tentera mengadakan latihan. Kali terakhir mereka diarah keluar adalah 10 hari lalu.