Tentera Zionis arah penduduk Palestin di Salfit hentikan pembinaan rumah

SALFIT, 4 Jan 2017 (PIC) — Tentera Zionis semalam mengarah penduduk Palestin menghentikan kerja pembinaan enam buah rumah dan struktur binaan lain di kawasan Wadi Ashami yang terletak dalam daerah Deir Istiya di utara Salfit, Tebing Barat.

Pasukan pegawai pentadbiran awam Zionis mendakwa pembinaan tersebut dibuat dalam Kawasan C, iaitu kawasan Tebing Barat yang dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis.

Tahun lalu, pihak perbandaran dan tentera Zionis melancarkan kempen besar-besaran meroboh struktur binaan milik penduduk Palestin dalam Kawasan C, dan pada masa yang sama memperhebat kerja pembinaan rumah untuk pendatang Yahudi di atas tanah yang dirampas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts