Tentera Zionis bakar harta penduduk Palestin kerana ‘kebosanan’

NABLUS, 18 Dis 2016 (MEMO) — Rakaman kamera keselamatan mendedahkan tindakan tentera Zionis membakar harta penduduk Palestin di Nablus secara sengaja tanpa sebarang alasan.

Rakaman insiden pada 22 September itu secara jelas menunjukkan tentera Zionis melepasi satu kawasan di Nablus pada waktu tengah malam, dan mula membakar simpanan kayu tiga jam kemudiannya.

Firefighters Under Occupation yang menyiarkan rakaman tersebut mendakwa pihak bomba dihalang memadam api sehinggalah semua aksar Zionis beredar dari kawasan tersebut, iaitu hampir sejam kemudian.

Dua askar terbabit, yang mendakwa mereka bertindak demikian kerana kebosanan, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah tentera Zionis hanya selama 60 hari pada bulan November lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts