Tentera Zionis bakar kebun zaitun di al-Khalil

AL-KHALIL, 11 Julai 2016 (Maan) — Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin hari ini melaporkan bahawa tentera penjajah Zionis membakar kebun zaitun milik penduduk Palestin di perkampungan al-Ramadein terletak dalam kawasan Tembok Pemisah di selatan al-Khalil.

Kebun seluas satu hektar itu adalah milik keluarga al-Sawadeh. Setiap tahun, penduduk al-Ramadein perlu mendapatkan permit dari rejim Zionis untuk menuai buah zaitun di kebun mereka.

Pihak berkuasa Palestin tidak dapat membantu para petani terbabit kerana kawasan tersebut tidak dapat dimasuki akibat dihalang oleh tembok.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts