Tentera Zionis bina pagar halang petani ke kebun mereka

JENIN, 27 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi membina pagar berkawat duri sepanjang 300 meter mengelilingi tanah penduduk Palestin yang terletak antara bandar Yabad dan Mreiha di selatan wilayah Jenin.

Dengan pembinaan tersebut, para petani tidak lagi dapat ke kebun serta tanah mereka yang terletak berdekatan pos penempatan haram Mabo Dotan.

Sebelum ini, tentera Zionis menutup laluan utama yang menghubungkan Yabad dan Mreiha, sekaligus menghalang pergerakan 400 penduduk Palestin di situ dan memutuskan hubungan mereka dengan komuniti lain di Tebing Barat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts