Tentera Zionis bunuh 192 penduduk Palestin sejak awal 2018

AL-KHALIL, 31 Julai 2018 — Laporan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Syuhada Palestin hari ini menunjukkan seramai 192 penduduk Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2018.

Seramai 173 mangsa adalah penduduk Gaza sementara 19 yang lain dari Tebing Barat, di mana 32 orang daripada mereka adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Mangsa termuda adalah Layla al-Ghandour, bayi berumur lapan bulan dari Gaza. Manakala mangsa paling tua adalah Shaker Jabbareen, 60, dari al-Khalil.

Tentera Zionis juga menahan 10 jenazah mangsa. Keseluruhannya, seramai 268 jenazah penduduk Palestin masih ditahan sejak tahun 1965.

(IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts