Tentera Zionis bunuh 3 pemuda al-Khalil


AL-KHALIL, 14 Mac 2016 (PNN) — Tentera penjajah Zionis menembak mati tiga pemuda Palestin dalam dua insiden berasingan di al-Khalil pagi tadi.

Dua pemuda yang berasal dari al-Khalil, Qasem Farid Jaber, 31 tahun, dan Ameer Fuad al-Junaidi, 22 tahun, ditembak apabila mereka dikatakan cuba menembak dan melanggar tentera Zionis berdekatan sebuah stesen bas di kawasan penempatan haram Kiryat Arba di pinggir al-Khalil. Seorang askar Zionis dilaporkan cedera ketika berbalas tembakan dengan dua pemuda tersebut.

Tidak lama selepas insiden tersebut, tentera Zionis menembak mati Yousef Mustafa Tarayra, 18 tahun, di kawasan yang sama selepas beliau disyaki cuba melanggar tentera. Dua orang askar Zionis dilaporkan cedera.

Beberapa jam kemudian tentera penjajah menyerang masuk rumah keluarga Jaber dan al-Junaidi, serta menutup jalan masuk utama ke timur dan selatan al-Khalil bagi menyekat pergerakan penduduk Palestin ke kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts