Tentera Zionis bunuh pemuda Gaza, tahan jenazah bersama dua rakan

RAFAH, 2 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi membunuh seorang pemuda Palestin dan kemudian melarikan serta menahan jenazah beliau bersama dua pemuda lain berdekatan pagar sempadan di kota Rafah, selatan Gaza.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa sekumpulan empat pemuda Palestin menyusup pagar sempadan dan cuba membakar sebuah pos tentera yang ditinggalkan. Mereka kemudian ditembak, menyebabkan seorang maut dan tiga orang tercedera.

Rakaman video bagaimanapun membuktikan bahawa tentera Zionis menceroboh masuk wilayah Gaza dan menangkap pemuda-pemuda terbabit, sebelum mengheret mereka melintas ke pengkalan mereka. Tentera Zionis dilihat mengheret seorang mangsa yang terbaring di atas tanah, dengan menarik tangan dan kakinya dan menjatuhkan beliau berulang-ulang kali di kawasan berbatu.

Dua daripada mangsa ditangkap bersama jenazah tersebut, salah seorang daripadanya cedera parah.

Manakala seorang lagi mangsa, remaja berumur 16 tahun, berjaya melarikan diri sebelum dikejarkan oleh petugas ambulan Palestin ke hospital Yousef al-Najjar di Rafah.

Ketika kejadian, pasukan perubatan Palestin berada hanya kira-kira 20 meter dari lokasi untuk membantu mangsa-mangsa, namun tentera Zionis mengugut dan memaksa mereka beredar.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts