Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin di Nabi Saleh

RAMALLAH, 16 Julai 2017 (PIC) — Pemuda Palestin Ahmed Khalil, 34, ditembak mati oleh tentera Zionis dalam satu pertempuran bersenjata di bandar Nabi Saleh, barat kota Ramallah, pagi tadi.

Pasukan khas tentera Zionis mengepung sebuah rumah di bandar Nabi Saleh, di mana Ahmed dikatakan berlindung selepas menembak kenderaan tentera Zionis dan pendatang Yahudi semalam. Beliau terbunuh setelah berbalas tembakan dengan tentera Zionis.

Tentera Zionis beredar keluar dari bandar tersebut dengan membawa jenazah mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts