Tentera Zionis bunuh pemuda Palestin, tahan jenazah di utara Gaza

GAZA, 20 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menembak mati pemuda Palestin, Hani Mohammad Odah al-Majdalawi, berdekatan pagar sempadan utara Gaza dan kemudian menahan jenazah beliau.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa mangsa telah melepaskan tembakan ke arah anggotanya, namun tiada kecederaan berlaku. Mangsa didakwa melolos masuk sehingga 500 meter ke dalam kawasan Zekem di selatan wilayah Palestin 1948 yang terjajah, dan berbalas tembakan dengan tentera.

Tentera Zionis menerbitkan foto Hani yang terbaring di atas tanah, dengan sepucuk senapang Kalashnikov

bersebelahan beliau. Beliau dikatakan ditembak dari sebuah kereta kebal dan pesawat dron.

Hani, 24, berasal dari kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts