Tentera Zionis Bunuh Penduduk Palestin di Jenin, Serang Gaza

TEBING BARAT, 1 Julai 2014 (MEMO) — Tentera Zionis membunuh seorang penduduk Palestin, Yousouf Ibrahim Abu-Zagha, 16 tahun, di Jenin malam semalam dan mencederakan empat yang lain dalam siri serangan udara ke atas wilayah Gaza.

Yousouf telah ditembak ketika penduduk Palestin membaling batu ke arah tentera Zionis yang menceroboh masuk kawasan Jenin dan menjalankan operasi mereka di situ.

_75960194_israel_gaz_wbank_map624Beberapa buah bandar di Tebing Barat, terutamanya Halhol berdekatan Al-Khalil, dimasuki tentera Zionis secara besar-besaran sejak mayat tiga peneroka Yahudi ditemui Isnin lalu. Mereka menutup semua jalan masuk ke Al-Khalil dan mengepung bandar tersebut, di mana dua penduduknya didakwa bertanggungjawab terhadap kes kehilangan tiga orang tersebut. Tentera Zionis turut bertindak mengebom rumah suspek dan menangkap beberapa orang ahli keluarga mereka.

Tentera Zionis berkata operasi mereka di Al-Khalil akan diteruskan sehinggalah kedua suspek berkenaan ditangkap.

Manakala di Gaza, jet dan helikopter tentera udara Zionis melancarkan puluhan serangan dari jam 11:00 malam hingga 2:00 pagi, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang tercedera. Tentera Zionis mengesahkan mereka telah melancarkan sebanyak 34 serangan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf Al-Qidra, menjelaskan semua yang tercedera adalah petani-petani dari kalangan orang awam. Beliau turut melaporkan bahawa seorang penduduk dilaporkan hilang.

Sebagai tindakan balas, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan serangan roket ke selatan wilayah Palestin yang dijajah oleh Zionis.

Foto: Tentera Zionis meletupkan sebahagian daripada kediaman Amir Abu Eishe and Marwan Qawasmeh. Mereka didakwa bertanggungjawab ke atas penculikan tiga peneroka Yahudi pada 12 Jun lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts