AL-KHALIL, 1 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis secara sengaja membunuh seorang wanita hamil Palestin ketika beliau melintasi sekatan Abul-Rish berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil pagi tadi, atas alasan mangsa cuba menikam tentera.
Sara Daoud Tarayra, 27, yang berasal dari bandar Bani Naim ditembak secara tiba-tiba dengan lapan das tembakan oleh tentera di sekatan tersebut ketika beliau sedang berjalan menuju ke Masjid Ibrahimi.
Krew ambulan Zionis dilaporkan membungkus jasad mangsa dalam sebuah beg plastik dan membawa beliau ke lokasi yang tidak diketahui.