Tentera Zionis Cedera Diserang Dengan Batu Di Sempadan Gaza

GAZA, 5 Dis 2015 (PIC) — Sekumpulan tentera Zionis yang ditempatkan di kawasan sempadan cedera diserang dengan batu oleh pemuda Gaza.

Menurut laporan Quds Press, para pemuda Gaza yang sering mengadakan demonstrasi di berdekatan kawasan sempadan kali ini menukar strategi mereka dengan berpindah dari lokasi yang biasa, sehingga menimbulkan kejutan kepada tentera yang berkawal di sempadan. Tentera juga tidak menjangka diserang dengan balingan batu yang lebih sengit dari biasa.

Tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan, sehingga mencederakan beberapa pemuda.

Dron tentera Zionis berlegar di udara kawasan berlakunya pertempuran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi memberi laluan kepada usaha memindahkan tentera yang tercedera.

Sementara itu sebuah kenderaan tentera Zionis dilaporkan rosak ditembak berdekatan pagar sempadan Gaza, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts