Tentera Zionis Ceroboh Deir Sammit

Askar Zionis memukul ibu al-Najjar sehingga beliau pengsan.
Askar Zionis memukul ibu al-Najjar sehingga beliau pengsan.

AL-KHALIL, 11 Feb 2015 (Alray) — Tentera Zionis menceroboh masuk pekan Deir Sammit di barat al-Khalil dan membina beberapa sekatan pemeriksaan semalam.

Tentera yang masuk menggunakan sebuah jip dan trak itu telah membina sekatan di jalan utama yang menghubungkan kawasan Deir Sammit dan Beit Awwa, kemudian memeriksa kenderaan serta kad pengenalan penduduk.

Mereka juga dilaporkan membuat tinjauan ke kawasan perkampungan serta cuba menyerang pejalan kaki.

Kejadian tersebut merupakan rentetan insiden dua hari berturut-turut, di mana mereka mengganggu penduduk pada waktu siang.

Tentera Zionis juga telah memecah masuk ke dalam rumah Amjad al-Najjar, pengarah kelab Al-Aseer iaitu sebuah pertubuhan bagi hal ehwal tahanan di Al-Khalil.

Sekitar 50 orang askar Zionis memecah masuk rumah beliau setelah merosakkan pintu utama. Mereka kemudiannya mengumpulkan seluruh ahli keluarga di dalam satu bilik dan menggeledah seluruh rumah serta memukul ibu al-Najjar sehingga pengsan.

Keluarga al-Najjar dikumpulkan di dalam satu bilik sementara rumah mereka di geledah.
Keluarga al-Najjar dikumpulkan di dalam satu bilik sementara rumah mereka di geledah.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts