Tentera Zionis ceroboh masuk kawasan sempadan utara Gaza

GAZA, 17 Sep 2018 — Pasukan tentera Zionis lengkap dengan buldozer D-9 pagi tadi menceroboh masuk sehingga 50 meter ke dalam kawasan bandar Beit Lahiya di wilayah utara Gaza, dan melepaskan tembakan menyebabkan para petani terpaksa lari menyelamatkan diri.

Tentera penjajah Zionis menceroboh masuk wilayah Gaza, terutama di kawasan pertanian di timur dan utara Gaza, hampir setiap hari atas alasan keselamatan.

(PIC, Maan, Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts