Tentera Zionis ceroboh masuk kem pelarian al-Bureij di Gaza

GAZA, 31 Ogos 2016 (PIC) — Tentera Zionis lengkap dengan beberapa buah buldozer hari ini menceroboh masuk ke dalam kawasan kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza dan meratakan serta menggali tanah di sepanjang sempadan.

Tentera penjajah masuk melalui pintu Abu Qatroun di timur kem, dan menceroboh sehingga 100 meter menghala ke utara ke arah timur bandar Juhr al-Dik.

Empat buah lagi buldozer D9 yang diiringi oleh kenderaan berat tentera melakukan perkara yang sama di Wadi Gaza sebelum berkawal di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts