Tentera Zionis ceroboh masuk wilayah Gaza

GAZA, 15 Mac 2017 (PIC) — Kenderaan berat tentera Zonis menceroboh masuk sehingga 100 meter ke dalam wilayah Gaza di timut kem pelarian al-Bureij di Gaza tengah pagi tadi.

Beberapa buah jip meratakan tanah berdekatan pagar sempadan sejak awal pagi bagi membuka laluan kepada pencerobohan tersebut.

Pasukan yang melibatkan empat buah buldozer, tiga buah kerata kebal, sebuah kenderaan perisai dan empat buah jip tentera yang berpengkalan di Abu Katron itu meratakan tanah di kawasan tersebut sebelum mara ke arah utara menuju ke bandar Juhr al-Dik.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts