Tentera Zionis ceroboh masuk wilayah Gaza

GAZA, 19 Jun 2017 (IMEMC) — Beberapa buah jentera berat tentera Zionis menceroboh masuk kawasan pertanian serta melepaskan tembakan peluru hidup ketika meratakan tanah berdekatan pagar sempadan di selatan dan utara Gaza.

Tiga buah kereta kebal dan empat buah buldozer berperisai bergerak dari pengkalan tentera Sofa dan melintas pagar sempadan, menceroboh masuk sehingga 150 meter ke dalam wilayah utara Rafah. Pesawat dron juga berlegaran di ruang udara kawasan terbabit.

Dalam kejadian di Khan Younis, tentera Zionis melepaskan lima tembakan peluru hidup sehingga memaksa para petani berundur dari kebun mereka.

Beberapa buah lagi kenderaan yang berpengkalan di Erez menceroboh masuk kawasan utara Gaza dan melepaskan tembakan peluru hidup.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts