Tentera Zionis Ceroboh Masuk Wilayah Gaza

GAZA, 9 Dis 2015 (PIC) — Tentera Zionis yang lengkap dengan jentera berat menceroboh masuk ke dalam wilayah Gaza di timur kem pelarian al-Bureij.

Buldozer tentera D9 dibawa masuk ke kawasan berkenaan, kemudian menolak dan meratakan tanah penduduk Palestin. Dua uah jip tentera turut berjaga di kawasan pagar sempadan.

Awal semalam, buldozer tentera Zionis menceroboh masuk sehingga 100 meter ke dalam wilayah Beit Hanoun berdekatan pintu lintasan Erez dan meratakan tanah penduduk Palestin di situ.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts