Tentera Zionis Ceroboh Rumah Keluarga Hassouna

NABLUS, 2 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menyerang masuk rumah keluarga Maram Hassouna, 19 tahun, yang ditembak mati semalam di sebuah sekatan tentera di Tulkarem.

Tentera menceroboh rumah yang terletak di Rafidia itu dan menyoal siasat keluarga remaja wanita tersebut. Pemuda Palestin bertempur dengan tentera berikutan tindakan mereka itu.

Maram ditembak ditembak mati oleh seorang pegawai tentera semalam, apabila mangsa dituduh cuba menikam beliau di sebuah sekatan tentera berdekatan penempatan haram Enav di timur Tulkarem. Pegawai tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dua tahun lalu, Maram pernah dipenjara selama setahun atas tuduhan cuba menikam seorang askar Zionis di tempat yang sama.

Lebih 100 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal bulan Oktober, di mana lebih satu per empat daripadanya adalah kanak-kanak.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts