Tentera Zionis Ceroboh Sekolah Palestin Di Tebing Barat

NABLUS, 27 Ogos 2014 (Anadolu) — Tentera Zionis menceroboh masuk ke sebuah sekolah tinggi di bandar Nablus dan menyerang dengan tembakan gas pemedih mata dan stun grenad di perkarangan sekolah, mengerah guru-guru supaya mengosongkan sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan pertubuhan Solidarity Movement for Free Palestine, puluhan askar Zionis memasuki Sekolah Buren di selatan Nablus dan cuba menangkap beberapa orang pelajar yang didakwa membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi.

Bagaimanapun tentera tersebut meninggalkan kawasan sekolah apabila ibubapa datang dan berkumpul di luar kawasan sekolah.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi tentera dilaporkan bertindak membina sekatan di sekitar kawasan tersebut.

Ketegangan semakin meningkat di Tebing Barat, di mana tentera Zionis bertempur dengan penduduk Palestin yang mengadakan bantahan solidariti terhadap penduduk Gaza yang diserang sejak 7 Julai lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts