Tentera Zionis Ceroboh Selatan Gaza

GAZA, 10 Nov 2014 (Ma’an) — Beberapa buah kenderaan tentera Zionis dilaporkan mengiringi jentolak menceroboh masuk ke kawasan Khan Younis di selatan Gaza.

Empat buah kereta kebal dan tiga buah jentolak memasuki Gaza melalui sebuah pintu di pagar sempadan berdekatan pengkalan tentera Kissufin di utara Khan Younis. Jentolak berkenaan meratakan tanah di dalam wilayah Gaza sehingga 200 meter dari pagar sempadan.

Tembakan dilaporkan berlaku ketika pencerobohan tersebut namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts