Tentera Zionis Ceroboh Universiti Quds, Serang Siswazah

AL-QUDS, 28 Okt 2015 (Palinfo) — Sebilangan siswazah tercedera dalam pertempuran yang tercetus apabila tentera Zionis menceroboh masuk perkarangan Universiti Quds di timur kota itu.

Tentera dengan kasarnya menyurai perarakan yang dianjurkan oleh para siswazah bagi membantah keganasan tentera yang semakin meningkat. Tentera menyerang mereka dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

Serangan tersebut berakhir dengan penculikan bekas tahanan Walid Sharaf di perkarangan kampus.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan sembilan orang tercedera akibat tembakan peluru getah dan puluhan lagi mengalami sesak nafas dalam kejadian tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts