Tentera Zionis ceroboh wilayah Gaza selama 7 hari

GAZA, 12 Apr 2016 (Maan) — Pasukan buldozer tentera Zionis menceroboh masuk dan meratakan tanah dalam wilayah Gaza di Rafah sejak tujuh hari lalu berturut-turut.

Jentera berat dari kem tentera Kisufim yang dilindungi dengan pesawat dron itu menceroboh masuk ke kawasan kejiranan al-Nahda di timur Rafah, dan juga al-Qarrara di timur laut Khan Younis.

Sepanjang minggu pertama bulan ini, Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan mencatatkan 30 insiden di mana tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah petani Gaza berdekatan kawasan sempadan. Minggu lalu, dua petani yang berada sejauh 350 meter dari sempadan cedera ditembak.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts