Tentera Zionis ceroboh wilayah Gaza, serang nelayan

GAZA, 17 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis yang lengkap dengan buldozer menceroboh masuk ke dalam wilayah selatan Gaza pagi tadi, ketika pasukan laut mereka menyerang nelayan di perairan wilayah terkepung itu.

Empat buah buldozer dari pengkalan tentera Kissufim menceroboh masuk sehingga 50 meter ke timur bandar al-Qarara di daerah Khan Younis untuk meratakan tanah di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, bot-bot tentera laut Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan yang belayar dalam zon tiga nautikal dari pantai Gaza.

Pada masa yang sama pesawat dron tentera Zionis berlegar rendah di ruangan udara Gaza.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts