Tentera Zionis culik 10 nelayan Gaza

GAZA, 15 Jun 2016 (PIC) — Tentera laut penjajah Zionis pagi tadi menculik 10 nelayan Palestin di perairan Gaza.

Beberapa bot perang Zionis dilaporkan mengepung empat buah bot nelayan Gaza dan memaksa mereka belayar ke pelabuhan Zionis di Ashdod. 10 nelayan yang berada dalam bot terbabit diculik.

Ketua Kesatuan Nelayan Gaza, Nizar Ayyash, mengesahkan bahawa semua nelayan terbabit berada dalam zon enam batu nautikal yang dibenarkan ketika berlakunya kejadian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts