Tentera Zionis culik 10 penduduk Palestin

RAMALLAH, 9 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Pasukan tentera menyerbu kem pelarian Balata berdekatan kota Nablus dan menculik pemuda Baraa Hashash dari rumahnya. Empat yang lain diculik dari kem pelarian Askar di timur Nablus, iaitu Jameel al-Aqra, Salloum Jawdeh, serta dua bekas tahanan Salamah Abdul-Jawwad dan Mohamed Ebdah.

Tentera Zionis turut menggempur bandar Salem, Asira al-Qibliya dan al-Lubban ash-Sharqiya di Nablus. Namun tiada tangkapan dilaporkan.

Dalam kejadian di Beit Lahm, tentera Zionis bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin di mana dua pemuda, Rani Bisharat dan Mahmoud Zaboun, diculik. Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah bekas tahanan Bilal Salamah, kemudian mengeluarkan arahan supaya beliau hadir ke sebuah pusat interogasi.

Di al-Khalil, tentera Zionis menggempur kejiranan Abu Asnaina dan memecah masuk rumah-rumah penduduk. Mereka memecah masuk rumah bekas tahanan Ra’fat Shalalda di bandar Sa’ir, timur laut al-Khalil, dan menculik beliau.

Sementara di Qalqilya, tentera Zionis menyerbu bandar Azzun dan merampas rakaman kamera keselamatan dari kedai-kedai di situ.

(PIC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts