RAMALLAH, 13 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Seramai tiga orang diculik dari wilayah al-Khalil, iaitu Abed al-Mahdi Zahour, Muhammad Asafra dan Noor al-Din Mahmmud Zama’ra.
Tentera Zionis turut menyerbu bandar Beit Fajjar di selatan Beit Lahm, dan menculik Malek Eyad Thawabta dan Mohammad Khalil Thawabta. Beit Fajjar sering menjadi sasaran serbuan tentera Zionis, sehingga mencetus pertempuran dengan pemuda Palestin.
Pemuda Shihadeh Ayyub al-Qurdi, 28, diculik dari Ramallah manakala Ahmad Qassem Daoud, 18, diculik dari bandar Azzoun di timur Qalqiliya.
Manakala di Jenin, tiga penduduk diculik iaitu bekas tahanan Nazeeh Sa’id Abu ‘Oun, 62, bersama anaknya Islam, dari rumah mereka di bandar Jaba’ dan seorang lagi bekas tahanan, Mhasna Sharqawi, dari bandar Zababda.
Di Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik Nidal Mustafa Makhtub setelah memecah masuk dan menggeledah rumahnya di perkampungan al-Qubeida.
Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,820 penduduk Palestin kini dikurung dalam penjara Zionis.
(Maan, IMEMC, Alray)