Tentera Zionis culik 11 penduduk, rampas wang di Tebing Barat

BEIT LAHM, 27 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah, menculik 11 orang termasuk pasangan suami-isteri dan bekas tahanan, serta merampas sejumlah wang penduduk Palestin di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Bekas tahanan politik Mahmoud Mohammad Abu Ayyash turut menjadi mangsa, di samping abang kepada Issa Taraya yang dibunuh oleh tentera Zionis pada 20 September 2016, Mahmoud Salem Taraya.

Di timur Ramallah, tentera Zionis menculik Nitham M’ali bersama isterinya Najla’ dari rumah mereka di bandar Burqa.

Dalam kejadian di al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga Ismael al-Hashlamoun di kawasan Khallet Hadour, sebelum merampas wang berjumlah 25,000 Shekel (RM28,000).

Berikut adalah senarai mangsa:

  1. Mohammad Hasan Alama, 19, al-Khalil.
  2. Mahmoud Salem Tarayra, al-Khalil.
  3. Sobhi Suleiman Abu Shakhdam, al-Khalil.
  4. Mahmoud Mohammad Abu Ayyash, al-Khalil.
  5. Nitham Ali Ma’ali, Ramallah.
  6. Najla’ Omar Ma’ali, Ramallah.
  7. Nasser Jamal Makhlouf, Ramallah.
  8. Amin Mahmoud Thawabta, Beit Lahm.
  9. Qais Mohammad Abu al-Jadayel, Beit Lahm.
  10. Mohammad Mousa Hamamra, Beit Lahm.
  11. Ahmad Tawfiq Sawalha, Nablus.

(IMEMC, WAFA)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts