Tentera Zionis culik 11 penduduk Tebing Barat

RAMALLAH, 25 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 orang dalam operasi menggeledah rumah penduduk Palestin di Tebing Barat malam tadi.

Tentera menyasarkan rumah-rumah penduduk di Ramallah, Baitulmaqdis, Beit Lahm dan Nablus.

Di Beit Lahm, tiga orang diculik iaitu Muad Abu Hamdi, 22, Thaer Saber Deirieh, 22, dan Ali Shaher Taqatqa. Sementara Muhammad Issa Abed Hamidan diculik dari Baitulmaqdis.

Di Ramallah pula, enam orang diculik iaitu Muhammad Sami Nakheh, Muhammad Iyad al-Dweik, Samed Nabil Abdo, Alaa Hassan Muhammad, Tareq Akram Hamad, dan Qusai Salem.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah keluarga tahanan Raed al-Hutari di Qalqilia. Tentera berundur dari rumah al-Hutari setelah merampas kenderaan milik isterinya dan wang tunai berjumlah 2,000 Shekel. Al-Hutari, 47, dikurung sejak 23 Mac 2003 dengan hukuman penjara seumur hidup.

Tentera Zionis turut menculik pegawai perisikan Bader Za’aqiq ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di al-Khalil.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts