Tentera Zionis culik 14 nelayan Gaza, rampas bot

GAZA, 22 Dis 2015 (Maan) — Tentera laut Zionis pagi tadi menculik 14 nelayan Palestin dan merampas bot-bot mereka di perairan utara Gaza berdekatan Beit Lahiya.

Amjad Zayed, Sami al-Sultan, dan dua lagi nelayan yang belum dikenal pasti telah ditahan dan bot mereka dirampas. Beberapa orang nelayan lain dipaksa menaiki bot mereka menuju ke pelabuhan Ashdod, tidak jauh dari kawasan sempadan di utara Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts