RAMALLAH, 31 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan dari beberapa wilayah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Penculikan berlaku selepas tentera Zionis memecah masuk rumah-rumah di Nablus, al-Khalil, Ramallah, Tulkarem, Qalqilya dan Jenin.
Pertempuran tercetus di kem pelarian Jalazon berdekatan Jenin, apabila tentera Zionis menyerbu kem sambil melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata.
(PIC)