Tentera Zionis culik 14 penduduk Palestin, termasuk 5 dari Gaza

RAMALLAH, 3 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis melancarkan kempen besar-besaran memburu penduduk Palestin awal pagi tadi, dengan menculik 14 orang termasuk lima orang dari kawasan timur Rafah di selatan Gaza.

Dalam kejadian di selatan Gaza, tentera Zionis menembak lima penduduk yang dikatakan cuba melintas sempadan, sebelum menangkap dan melarikan mereka ke lokasi rahsia.

Sementara di kota Jenin di utara Tebing Barat, tentera penjajah menyekat serta menggeledah dua buah kenderaan di laluan masuk ke Silat al-Harithiya dan menculik salah seorang penumpang.

Mereka turut memasang sekatan-sekatan jalan sementara berdekatan laluan masuk ke Itisalat di Jalan Jenin-Haifa berdekatan perkampungan Silat al-Harithiya, dan menyekat serta memeriksa kenderaan penduduk. Seorang pemuda ditangkap dan ditahan dalam keadaan matanya ditutup, sebelum dibebaskan semula tidak lama kemudian.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Sniria di selatan Qalqilya dan menculik pemuda Othman Ahmed Ibrahim Omar, 35, selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya.

(PIC, Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts