Tentera Zionis culik 14 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak

RAMALLAH, 28 Feb 2019 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 14 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dari Tebing Barat malam tadi.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan enam orang diculik dari Ramallah iaitu Bahjat Dar Badr, 15, Balal Ali Dar Badr, 15, Ahmad Amer Zahran, Muhammad Kamal Zahran, Amer Jamil Atta, dan Majdi Mashour Fararjeh.

Manakala pemuda Hamza Khaled Awad diculik di Jericho. Seorang lagi pemuda, Othman Abu Labda, 22, diculik dari Qalqiliya.

Di Nablus, lima penduduk diculik iaitu Aqba Fayez Shuli, Muhammad Imad Suwalma, 24, Khalil Zeidan, Yousef Muhammad Ramadan, 17, dan Abed al-Rahman Muhammad Ishtayeh, 31.

Di pintu lintasan sempadan Jordan, Allenby Bridge, tentera Zionis menculik Abdullah Hussam Abdullah, 19, yang berasal dari Tulkarem.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, seramai 5,450 penduduk Palestin termasuk 215 kanak-kanak, yang mana 43 daripada mereka berumur bawah 16 tahun, kini dikurung dalam penjara-penjara Zionis.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts