Tentera Zionis culik 15 pemuda Tebing Barat, curi wang mangsa

JENIN, 27 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 15 penduduk Palestin dari Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di Jenin, tentera memecah masuk dan menggeledah rumah Nidhal Hazem di kem pelarian Jenin, mencuri wang sejumlah 11,000 shekel (RM 13,000) sebelum menculik beliau. Dua pemua lain turut diculik dari kem tersebut.

Tentera turut menyerbu bandar Ya’bad di selatan Jenin, memasang sekatan di laluan masuk serta mengambil foto rumah-rumah penduduk terutamanya di kawasan al-Maloul. Bandar ini sering menjadi sasaran serangan tentera Zionis kerana ia terletak berdekatan kawasan penempatan haram Dotan.

Di Beit Lahm pula, tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian ad-Deheisheh dan menculik seorang pemuda, Rami, sebagai tebusan untuk memaksa keluarganya menyerahkan pemuda Akram al-Attrash yang cedera terkena tembakan setelah gagal mencarinya di rumah.

Tentera Zionis turut memecah masuk sebuah kedai buku dan menutup semula kedai tersebut, setelah dipaksa tutup dua kali sebelum ini. Mereka mengugut untuk menangkap sesiapa sahaja yang cuba membuka semula kedai tersebut.

Di Qaqilya, pemuda Shaddad Adwan, 28, yang berasal dari bandar Azzun ditangkap di sebuah sekatan tentera berdekatan kawasan penempatan haram Immanuel.

Dua lagi pemuda diculik dari rumah mereka di kawasan al-Fari’ah dan bandar Tel di wilayah Nablus.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts