Tentera Zionis culik 15 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis

RAMALLAH, 5 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis melancarkan operasi besar-besaran memecah masuk rumah dan menangkap penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk wanita, diculik dari rumah-rumah mereka di Ramallah, al-Bireh, Nablus, Jericho, Qalqilya, al-Khalil, Jenin, dan kota Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di Ramallah, tentera Zionis menangkap wanita Palestin Tasneem al-Qadi, 28, dari rumahnya.

Sementara di Jericho, tentera Zionis menyerbu kem pelarian Aqabat Jaber sambil melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, dan bertempur dengan penduduk. Dua orang pemuda cedera terkena tembakan peluru hidup.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts