Tentera Zionis culik 15 penduduk Palestin dari Tebing Barat

RAMALLAH, 26 Ogos 2018 — Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis dari wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi, atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan.

Seramai empat orang pemuda diculik dari al-Khalil. Sementara empat yang lain diculik dari perkampungan al-Isawiya di Baitulmaqdis, iaitu Tareq Firas Mustafa, Adam Kayed Mahmoud, Mahmoud Kayed Abu al-Hummus dan Mahmoud Abu Sneina.

Di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah tiga orang bekas tahanan iaitu Wasim Muhammad Abu Marya, 18, Hamza Samir Abu Marya, 19, dan Muhammad Ayyesh Abu Hashem, 20, sebelum menculik mereka.

Tentera Zionis turut menyerang masuk kota Halhul di al-Khalil dan menculik seorang pemuda selepas memecah masuk dan menggeledah rumah beliau.

Sementara itu, tentera Zionis mendakwa telah menjumpai lima pucuk senjata M16 di perkampungan Anata, timur laut Baitulmaqdis.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts