Tentera Zionis culik 15 penduduk Tebing Barat

JENIN, 30 Julai 2017 — Sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin diculik di seluruh wilayah Tebing Barat, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti menentang tentera Zionis dan penduduk Yahudi.

Dua orang diculik dari kem pelarian Jenin, dua dri kota Nablus dan bandar Yasid dan Asira ash-Shamaliya, tiga dari kota al-Bireh, Beitunia dan Ramallah, dua dari Husan, seorang dari bandar al-Dawha di Beit Lahm, dan empat yang lain dari kota al-Khalil dan bandar ad-Dhahiriya.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar Kobar di utara Ramallah, meronda jalan dan menyekat satu satu laluan masuk ke perkampungan Abu Shukhaydam yang berdekatan.

Di timur kota al-Bireh, tentera penjajah menutup laluan di sekatan tentera berdekatan penempatan haram Ebit El.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts