Ringkasan

Tentera Zionis culik 15 penduduk Tebing Barat dan Kota Baitulmaqdis

RAMALLAH, 14 Oktober 2020 — Persatuan Tahanan Palestin (PPS) melaporkan tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnnya 15 penduduk Paletin di Tebing Barat dan kota Baitulmaqdis awal pagi tadi.

Dalam kejadian di kota Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik Mohammad Ramzi Mheisin, Nassim Mheisin, Mahmoud Shadi Nasser, Obai Dirbas, Mohammad Abu Saima, Abdul-Fattah Abu Saima, Saleh Abu Assab, dan Majd Nayef Mustafa setelah memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka di bandar al-‘Isawiya.

Manakala di utara Tebing Barat, mereka menculik Mohammad Marwan Shehab, 26, dan Mohammad Monir A’mar, 25, di kota Tulkarem. Pasukan tentera turut menyerbu kem pelarian Balata di kota Nablus dan menangkap Ali Bassam Hashash.

Di selatan Tebing Barat pula, Mohammad Eyas Shahin ditangkap dari rumahnya di kem pelarian Deheishe di selatan kota Beit Lahm.

Tentera Zionis turut menculik Issa Tamimi, 27, dari kem pelarian Qaddoura serta Aahed Eyad Ghanayem, 20, dan Mohammad Eid Hamayel, 20, dari perkampungan Kafr Malek di kota Ramallah.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts