Tentera Zionis culik 15 penduduk Tebing Barat

NABLUS, 11 Julai 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang beberapa kawasan di Tebing Barat dan menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk dari rumah mereka sepanjang malam tadi.

Segerombolan besar tentera Zionis menyerang bandar Kafr Qalil di wilayah Nablus, memecah masuk dan menggeledah rumah pemuda Firas Mansour selama dua jam sebelum menculik beliau. Mereka turut menculik kanak-kanak Mahdi Shahab, 14, dari rumahnya di bandar Sebastia di utara Nablus selepas memukul beliau di hadapan ahli keluarganya.

Kemudian di awal pagi, tentera Zionis menyerbu beberapa kejiranan di kota Nablus termasuk Kota Lama, Yassamina dan Hawsh al-Att’ot dan memecah masuk beberapa buah rumah. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Dalam kejadian di Beit Lahm, dua orang penduduk Palestin diculik dari perkampungan Marah Rabah dan kem pelarian Izza. Seramai empat yang lain diculik dari kota al-Khalil, dan seorang lagi dari kota Qalqiliya.

Sementara itu enam penduduk dari beberapa bandar di wilayah Ramallah turut diculik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts