Tentera Zionis culik 15 penduduk, tutup jalan-jalan di Jenin & Nablus

JENIN, 14 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah serta menculik sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin, di samping menutup jalan-jalan utama di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Dalam kejadian di barat wilayah Jenin, tentera Zionis menyelongkar rumah keluarga Islam Samr, 16, di bandar Yamon sebelum menculik beliau. Mereka turut merampas rakaman kamera keselamata dari sebuah rumah penduduk di bandar Mesliya.

Pertempuran tercetus di bandar Rumana, barat Jenin, apabila tentera Zionis menyerbu masuk kawasan tersebut dan menutup jalan utama dengan membina sekatan jalan. Beberapa penduduk mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.

Pada masa yang sama, tentera Zionis terus membuat kawalan di sekitar wilayah Nablus, kononnya untuk memburu penyerang yang menembak mati seorag rabai Yahudi minggu lalu.
Mereka menutup jalan utama, sekaligus menyekat pergerakan keluar-masuk penduduk kota Nablus. Tindakan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas terutamanya di jalan Nablus-Qalqilya, Nablus al-Jadida-Madama, dan Burin-Hawara.

Sepanjang malam, tentera Zionis menggeledah kawasan-kawasan kejiranan kota Nablus untuk mencari kamera keselamatan.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts