AL-KHALIL, 6 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin termasuk dua orang jurnalis dari beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.
Seramai lima orang diculik dalam operasi di wilayah al-Khalil, iaitu Abdullah Nidal al-Huroub, Firas Abu Shreikh, Wael Abu Shreikh, Hazem Jibril al-Jiyawi dan Ibrahim Muhammad al-Najjar.
Sementara empat beradik yang sedang mengembala di kawasan al-Marj di barat Jericho turut ditangkap selepas mereka mempertahankan diri ketika segerombolan pendatang Yahudi mengherdik dan menyerang mereka.
Jurnalis Ibrahim al-Rantisi yang bertugas untuk agendi media Turki, TRT TV, dan seorang lagi penduduk diculik dari rumah-rumah mereka di Ramallah dan Bireh. Seorang lagi jurnalis, Nader Baybars, diculik oleh pasukan polis Zionis selepas memecah masuk rumahnya di kejiranan Wadi al-Joz di timur Baitulmaqdis.
Empat yang lain diculik dari Beit Lahm, Tulkarem dan Qalqilya.
(PIC, Maan)