Tentera Zionis culik 16 penduduk Tebing Barat

AL-KHALIL, 25 Jul 2019 –Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 16 penduduk dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam hingga awal pagi tadi.

Tentera Zionis menggempur perkampungan Deir Sammit di barat daya al-Khalil dan memecah masuk serta menggeledah rumah bekas tahanan Ismail al-Harroub, namun tiada tangkapan dibuat. Sementara ahli politik Azzam Salhad diculik dari rumahnya di kota al-Khalil. Tiga lagi penduduk diculik dari bandar Surif di al-Khalil dan kem pelarian Balata di Nablus.

Dalam operasi di wilayah Nablus dan Qalqilya, tentera Zionis mendakwa telah menjumpai dan merampas sepucuk senapang M16, sepucuk pistol dan tiga bahan letupan buatan sendiri.

Tentera Zionis turut merampas dua buah mesin pelarik di Nablus, atas tuduhan digunakan untuk membuat senjata. Mereka juga memecah masuk rumah bekas tahanan Qutaiba Azem di bandar Sebastia, barat laut Nablus. Peralatan-peralatan kerja besi milik bekas tahanan Mohamed Sharai’ah dirampas selepas menyerbu rumahnya berdekatan persimpangan Salem di timur Nablus.

Di Jenin, empat penduduk diculik dari rumah mereka di beberapa kawasan berlainan.

(PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts