Tentera Zionis culik 16 penduduk Tebing Barat

AL-KHALIL, 19 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 16 penduduk Palestin di Tebing Barat awal pagi tadi.

Di al-Khalil, rumah bekas tahanan Sofian Jamjoum dipecah masuk dan ahli keluarganya disoal siasat sebelum tentera merampas kereta milik isteri beliau. Dua yang lain turut diculik dari al-Khalil.

Tentera Zionis turut menyerbu Kafl Haris di utara Salfit, dan memecah masuk serta menggeledah rumah penduduk sebelum menangkap dua orang remaja dari rumah mereka.

Dua lagi pemuda diculik dari Qalqiliya, dan seorang penduduk dipaksa menyerah anaknya kepada pihak tentera.

Pada masa yang sama sebilangan penduduk Palestin cedera selepas tentera Zionis menyerbu wilayah Tulkarem dan menyerang penduduk yang mengadakan protes dengan gas pemedih mata dan bom pelali. Beberapa sekatan jalan turut dipasang di utara Tulkarem.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts