Tentera Zionis culik 17 penduduk Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 4 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin dari Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi, atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan.

Di Ramallah, dua pemuda diculik dari kem pelarian Qaddura, tiga yang lain dari bandar Silwad, dan seorang lagi dari perkampungan Aboud. Tentera Zionis turut menggempur kejiranan Ein Misbah di kota Ramallah dan merampas sejumlah wang tunai dari sebuah rumah.

Tentera Zionis juga memecah masuk beberapa rumah lain termasuk milik keluarga syahid Samah Mubarak di kem pelarian Qaddura dan rumah tahanan Yahiya Rabie, iaitu presiden majlis perwakilan pelajar Universiti Birzeit, di bandar al-Mazra’a al-Gharbiya.

Di Jenin, lima pemuda diculik termasuk dua orang dari kem pelarian Jenin. Sementara dua bekas tahanan, Miqdad al-Qawasmi dan Munder Ashour, diculik dari al-Khalil dan Tulkarem.

Sebuah kedai roti turut dipecah masuk di kem pelarian al-Arroub, di mana dua beradik Ibrahim dan Nour Muqbel diserang sehingga cedera.

Berikut adalah senarai mangsa diculik tentera Zionis:

  1. Awwad Samir Abu Awwad, kem pelarian Qaddoura – Ramallah.
  2. Ahmad Jom’a Awwad, kem pelarian Qaddoura – Ramallah.
  3. Ibrahim Mohammad Barghouthi, ‘Aboud – Ramallah.
  4. Odai Omar Hamed, Silwad – Ramallah.
  5. Mahmoud Omar Ezzat, Silwad – Ramallah.
  6. Emad Mousa Hamed, Silwad – Ramallah.
  7. Mahmoud Samer Jabarin, kem pelarian Jenin – Jenin.
  8. Mo’men Mustafa Abu Jilda, kem pelarian Jenin – Jenin.
  9. Tha’er Hussein Asa’sa, Jenin.
  10. Mohammad Naseef Ghawadra, (bekas tahanan politik), Jenin.
  11. Nour Mohammad Mer’ey, Jenin.
  12. Mohammad Mansour Hussein, 21, Tulkarem.
  13. Monther Mohammad ‘Ashour, 34, Tulkarem.
  14. Bilal Mohammad Sheikh Abed, 25, Tulkarem.
  15. Monther Abu Mimed, Beit Ta’mar – Beit Lahm.
  16. Miqdad Qawasmi, (bekas tahanan politik) – al-Khalil.
  17. Hussam Abu Shkeidim, al-Khalil.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts